Liga Super: Bidoglio tuntut aksi terbaik berdepan KDA FC

Aksi JDT dan KDA FC pada aksi saingan Liga Super Jumaat ini dijangka sengit. Foto FB Johor Southern Tigers
Aksi JDT dan KDA FC pada aksi saingan Liga Super Jumaat ini dijangka sengit. Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta'zim, Bector Bidoglio menuntut skuad kendaliannya itu memberikan aksi terbaik pada aksi Liga Super berdepan Kedah Darulaman (KDN) FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Menurutnya, biarpun pernah menewaskan skuad Kenari itu dua kali sebelum ini dalam saingan Piala FA, namun ia tidak wajar dijadikan ukuran menjelang perlawanan kali ini.

"Ini merupakan kali ketiga kedua-dua pasukan bertemu...tapi perlawanan kali ini pastinya berbeza.

"Untuk perlawanan kali ini, kami perlu beraksi dengan baik, perlu merehatkan pemain serta membariskan kesebelasan pemain yang terbaik.

"Kesemua ini adalah bagi memastikan pemain sentiasa bersedia bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang terutamanya aksi final Piala FA minggu hadapan," katanya.

Untuk rekod JDT menewaskan KDAFC, 2-1, pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darulaman, 19 Julai lalu sebelum menang 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, 4 Ogos lalu.

Mengulas aksi final Piala FA pada 24 Ogos ini Bidoglio berkata, kesemua pemain dilihat bersemangat bagi mengharungi aksi final berkenaan.

"Ia perlawanan penting buat kami dan kami mahu memenanginya.

Artikel Berkaitan:

"Pemain juga dilihat bersemangat tinggi pada sesi latihan menjelang perlawanan tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!