Dua angkasawan Starliner mungkin terkandas di ISS sehingga 2025 - NASA

Butch Wilmore dan Suni Williams dilihat di Pusat Angkasa Kennedy NASA sebelum misi Starliner-1 Crew Flight Test (CFT) Boeing menaiki roket ke ISS, di Cape Canaveral, Florida, 6 Mei 2024. - Gambar fail/REUTERS
Butch Wilmore dan Suni Williams dilihat di Pusat Angkasa Kennedy NASA sebelum misi Starliner-1 Crew Flight Test (CFT) Boeing menaiki roket ke ISS, di Cape Canaveral, Florida, 6 Mei 2024. - Gambar fail/REUTERS
A
A
A

NEW YORK - Dua angkasawan yang terkandas di angkasa mungkin tidak dapat kembali ke Bumi sehingga 2025 disebabkan masalah yang dihadapi kapsul Starliner baharu Boeing, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kedua-dua anak kapal Starliner, angkasawan AS Barry Wilmore dan Sunita Williams kini berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun, walaupun pada awalnya mereka hanya dijadualkan berada di stesen itu selama seminggu.

Selepas dilancarkan dari pusat angkasa lepas Cape Canaveral di Florida, kapal angkasa itu hanya dapat berlabuh dengan ISS pada percubaan kedua kerana masalah enjin.

Kapal angkasa itu turut mengalami kebocoran helium.

NASA memaklumkan dua pilihan bagi membawa pulang angkasawan ke Bumi sedang dibincangkan.

Pilihan pertama melibatkan pasangan itu kembali dengan Starliner. Bagaimanapun, kapal angkasa itu perlu diperbaiki terlebih dahulu.

Pilihan kedua adalah menangguhkan dua daripada empat angkasawan dari misi SpaceX Crew 9, yang dijadual dilancarkan pada September. Wilmore dan Williams kemudian boleh kembali ke Bumi bersama kru pada Februari.

Keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diputuskan selepas NASA menyelesaikan semakan kesediaan pelancaran peringkat tertinggi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!