134 institusi pendidikan agama berdaftar layak terima bantuan

Sebahagian daripada wakil intitusi agama bergambar selepas menerima surat kelulusan tersebut tdiadakan di Dewan Syarahan Ibu Pejabat MUIP, Pekan. (Gambar kecil: Asmadi)
Sebahagian daripada wakil intitusi agama bergambar selepas menerima surat kelulusan tersebut tdiadakan di Dewan Syarahan Ibu Pejabat MUIP, Pekan. (Gambar kecil: Asmadi)
A
A
A

KUANTAN - Semua institusi pendidikan agama yang sudah menerima surat kelulusan berdaftar Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP ) layak menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan termasuk agensi berkaitan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, sebanyak 134 institusi pendidikan agama yang direkodkan setakat ini.

Menurutnya, jumlah itu termasuk 34 sekolah yang sudah menerima kelulusan berdaftar bagi siri satu tahun ini.

"Kelulusan ini diberikan selepas lawatan yang dilakukan para panel yang dilantik oleh MUIP bagi menyemak, menilai kurikulum dan pengoperasian sekolah tersebut sebelum diluluskan oleh jawatankuasa.

"Sekolah-sekolah ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak berkuasa tempatan terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang," katanya pada Khamis.

Terdahulu, majlis penyerahan surat kelulusan tersebut diadakan di Dewan Syarahan Ibu Pejabat MUIP, Pekan.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 50 individu terdiri daripada pengetua, guru besar dan ahli jawatankuasa sekolah maahad tahfiz, madrasah, Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan juga tadika swasta.

Taklimat Pengurusan Pendaftaran yang disampaikan Ketua Unit Pendidikan MUIP, Mohd Azri Salehuddin.

Artikel Berkaitan:

Asmadi turut menyarankan agar pihak sekolah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga imej institusi agama terutama pendidikan, keselamatan dan seumpamanya.

Jelasnya, pihak sekolah juga diminta agar memberi penekanan kepada urus tadbir sekolah serta keutamaan kepada kemenjadian dan hala tuju pengajian para pelajar.

Beliau menambah, MUIP dalam skim bantuan turut menyediakan bantuan kepada sekolah yang berdaftar bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan.

"Antaranya, skim bantuan dermasiswa pelajar, saguhati penghafaz al-Quran dan bantuan elaun kelas al-Quran kanak-kanak, skim bantuan am pendidikan serta sebagainya.

"Bantuan disalurkan kepada mereka berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!