Hada Labo perkenal serum, duta baharu Hakken Ryou

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama penjagaan kulit Jepun, Hada Labo melancarkan produk terbaharunya iaitu serum HA Supreme Vita Brightening Booster yang dinaik taraf dengan 10 ramuan Vitamin.

Serum yang diperbaharui ini melambangkan komitmen Hada Labo yang terkenal dengan falsafah ‘PERFECT x SIMPLE’ dalam menyediakan produk penjagaan kulit yang terbaik, tulen, dan paling berkesan.

Bersama pelancaran produk baharu ini, Hada Labo turut memperkenalkan cosplayer terkenal, Hakken Ryou sebagai duta jenama mereka.

Hada Labo berpegang kepada falsafah gaya hidup yang mengembalikan kecantikan kepada asas iaitu sempurna, ringkas, dan yakin.

Rangkaian penjagaan kulit Hada Labo hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi yang bermanfaat tanpa bahan tambahan yang tidak diperlukan seperti alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral.

Dedikasi kepada kesempurnaan ini memastikan keberkesanan maksimum dengan memberikan kulit anda yang terbaik.

Produk utama Hada Labo iaitu Hydrating Lotion telah menjadi losyen nombor satu di Jepun selama 16 tahun berturut-turut dengan lebih daripada 100 juta botol terjual di seluruh dunia.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Serum HA Supreme Vita Brightening Booster yang dinaik taraf ini diformulasikan dengan 10 vitamin berkesan (Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (Niacinamide), Vitamin B5, Vitamin B7, Vitamin B9, dua bentuk Vitamin C dan Vitamin E) dan empat jenis Asid Hyaluronik yang mempunyai kuasa penembusan yang tinggi.

Gabungan hebat ini boleh menembusi jauh ke dalam kulit untuk menangani masalah kulit dengan lebih berkesan daripada serum biasa.

Manfaat utama termasuk peningkatan kelembapan kulit sebanyak 71 peratus, peningkatan ketegangan kulit sebanyak 19 peratus, 94 peratus bersetuju pengurangan bintik hitam dan bekas jerawat dalam masa tujuh hari, 91 peratus bersetuju kulit lebih berseri dan glowing pada keesokan harinya dan 91 peratus bersetuju skin barrier diperbaiki dalam masa tujuh hari.

Pengurus Besar Rohto Mentholatum Malaysia, Lim Mei Yuen, berkata, pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan Hakken sebagai duta jenama Hada Labo.

Hakken adalah salah seorang cosplayer paling terkenal di Asia. Beliau mempunyai lebih daripada enam juta pengikut di sosial media. Beliau juga merupakan duta Tokyo Tourism di Jepun.

"Dedikasinya terhadap kerjaya dan pengaruhnya yang luas adalah seiring dengan misi Hada Labo untuk menawarkan produk skincare yang berkualiti tinggi dan berkesan kepada pengguna di Malaysia."

“Rasai perbezaan yang dibawa oleh serum HA Supreme Vita Brightening Booster yang dinaik taraf dan nikmati perbezaan yang diberikan kepada anda untuk penjagaan kulit Jepun yang sempurna, ringkas, dan sihat,”katanya, di sini, hari ini.

Hada Labo Vita Booster Serum boleh didapati di kebanyakan kedai di Malaysia. Anda boleh mendapatkanny pada harga RM95 untuk 30gm di semua farmasi terkemuka dan kedai e-dagang mulai Ogos 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!