PKNS perlu rancang tingkat kualiti hidup rakyat Selangor - Amirudin

Amirudin berucap ketika Majlis Sambutan 60 Tahun PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Amirudin berucap ketika Majlis Sambutan 60 Tahun PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu merancang lebih awal hala tuju industri dan arah aliran pasaran semasa dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana ekonomi semasa negeri itu berkembang kepada 25.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan rekod ekonomi bernilai RM406.1 bilion.

“Dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang saya yakin Selangor dapat membina ekonomi bernilai RM500 bilion,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 PKNS pada Khamis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri juga komited agar pembangunan ekonomi dapat dialami dan dirasai oleh semua masyarakat,

“Ini kerana kita bukan sahaja mahu meningkatkan siling ekonomi tetapi lantai ekonomi untuk rakyat Selangor.

“Dari permulaan menyediakan rumah pangsa kos rendah untuk penduduk Selangor, hari ini PKNS telah berubah menjadi sebuah konglomerat besar yang mempunyai sayap di tujuh sektor berbeza termasuk tenaga diperbaharui, penjagaan kesihatan, hospitaliti dan juga teknologi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, PKNS telah pun mengunjurkan peningkatan lebih awal dengan membangunkan perbandaran seperti Kota Puteri, Antara Gapi dan Lembah Siber Selangor.

“Taman perindustrian hijau di Kota Puteri (Crown City) akan menjadi pusat industri pintar dan mampan dengan kemudahan yang kondusif untuk perniagaan yang ingin menjadi peneraju dalam inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Saya pasti ramai pelabur akan tertarik dengan taman perindustrian terurus pertama di Malaysia yang menempatkan ladang solar untuk membekalkan tenaga hijau kepada kawasan perindustrian,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!