Tembok pagar SMK Convent Bukit Nanas berisiko runtuh

Nor Hisham (kanan) meninjau keadaan tanah runtuh di SMK Convent Bukit Nanas.
Nor Hisham (kanan) meninjau keadaan tanah runtuh di SMK Convent Bukit Nanas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tembok pagar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini berisiko runtuh kesan insiden tanah runtuh sepanjang 4.6 meter yang berlaku pagi tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku jam 8.20 pagi melibatkan mendapan di bahagian pagar berhampiran bangunan sekolah.

Menurutnya, langkah awal termasuk membina tembok sementara akan dilakukan dalam kadar segera bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Keadaan tanah runtuh di SMK Convent Bukit Nanas.
Keadaan tanah runtuh di SMK Convent Bukit Nanas.

"Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan bantuan awal susulan kebimbangan kemungkinan tembok pagar runtuh pada bila-bila masa khasnya pada waktu hujan.

"Saya telah arahkan kerja penyelenggaraan awal dilakukan pada hari ini (semalam) sebagai pencegahan dan lanjutan kerja akan diserahkan pihak berwajib di bawah Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya," katanya selepas meninjau kawasan tanah runtuh hari ini.

Air lumpur memasuki kawasan sekolah susulan kejadian tanah runtuh.
Air lumpur memasuki kawasan sekolah susulan kejadian tanah runtuh.

Difahamkan, kawasan terlibat dipenuhi banjir lumpur namun sesi persekolahan berlangsung seperti biasa dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!