Olimpik Paris: Dhabitah layak ke final
PENERJUN berpengalaman negara, Nur Dhabitah layak ke pusingan akhir acara 3 meter(m) papan anjal Sukan Olimpik di Pusat Akuatik Paris sebentar tadi.
Dhabitah menamatkan saingan di kedudukan kelapan daripada 18 penerjun dengan mengutip keseluruhan 286.95 mata.Hanya 12 penerjun layak meneruskan saingan di pusingan akhir.
Atlet berusia 25 tahun itu bermula cemerlang apabila menamatkan terjunan pertama di kedudukan kedua daripada 18 peserta dengan mencatatkan 67.50 mata.
Jaguh China, Chen Yiwen di menamatkan pusingan pertama di tangga teratas dengan catatan 70.50 mata.
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu layak ke separuh akhir dengan menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan ke-12 dengan mengutip keseluruhan 283.65 mata.
Sebelum ini, pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas berkata Dhabitah perlu mengutip 330 mata dan ke atas untuk menaiki podium di Paris 2024.
Sebagai rekod, Dhabitah layak ke Olimpik Paris selepas diberikan slot tambahan daripada pihak Akuatik Dunia.
Pada aksi final Tokyo 2020, Dhabitah menamatkan saingan di tempat keempat selepas mengutip 326.15 mata keseluruhan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!