MB jamin 27 keluarga di Bertam Lama dapat geran tanah

Mohd Nassuruddin (tiga dari kiri) bertemu penduduk pada Program Round Kampung Jjupo Mato di Kampung Pasir Tumbuh, Nenggiri, Gua Musang pada Khamis.
Mohd Nassuruddin (tiga dari kiri) bertemu penduduk pada Program Round Kampung Jjupo Mato di Kampung Pasir Tumbuh, Nenggiri, Gua Musang pada Khamis.
A
A
A

GUA MUSANG - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memberi jaminan 27 keluarga miskin di Bertam Lama, Nenggiri yang menduduki tanah secara haram akan menerima geran tanah dalam masa terdekat.

Beliau berkata, bagi menyelesaikan masalah itu, keluarga berkenaan dibenarkan membayar premium tanah secara ansuran.

Menurut beliau, kawasan tanah lot banglo seluas kira-kira 557.4 meter persegi setiap seorang itu sedang dikenal pasti sebelum kerja-kerja mengukur dilaksanakan.

"Saya berbincang dengan Pegawai Daerah Gua Musang untuk mengenal pasti kawasan terbabit dan kerja-kerja mengukur tanah akan dilakukan selepas pemberian nombor lot," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Round Kampung Jjupo Mato di Kampung Pasir Tumbuh, Nenggiri, Gua Musang pada Khamis.

Mohd Nassuruddin (tengah) disambut penduduk pada Program Round Kampung Jjupo Mato di Kampung Pasir Tumbuh, Nenggiri, Gua Musang pada Khamis.
Mohd Nassuruddin (tengah) disambut penduduk pada Program Round Kampung Jjupo Mato di Kampung Pasir Tumbuh, Nenggiri, Gua Musang pada Khamis.

Mohd Nassuruddin berkata, tiada masalah untuk meluluskan geran kerana sebelum ini kesemua keluarga itu dibenarkan menetap di atas tanah berkenaan selepas tiada tempat tinggal.

"Kita tidak boleh tangguh lagi dan saya sudah meminta supaya geran diproses segera.

Artikel Berkaitan:

"Apabila semua urusan tanah sudah selesai, mereka sudah boleh membina rumah sendiri," katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, sehingga kini kerajaan sudah meluluskan lebih 200,000 hektar tanah kepada rakyat yang memerlukan.

Jelas beliau, kesemua tanah itu juga sudah mempunyai geran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!