Polis kesan dua remaja lelaki hilang di Putatan

Polis mohon bantuan orang ramai kesan dua remaja lelaki di Kampung Buit Hill, Putatan.
Polis mohon bantuan orang ramai kesan dua remaja lelaki di Kampung Buit Hill, Putatan.
A
A
A

PENAMPANG - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan dekat sini, pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan memaklumkan kedua-duanya ialah Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, dan Nicholas Chee Ping, 13.

"IPD Penampang menerima laporan berkaitan kehilangan dua remaja itu pada jam 10.18 pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!