Pelari Botswana kalahkan lelaki terpantas dunia dalam acara 200m
ATLET Botswana, Letsile Tebogo mencipta kejutan dalam acara 200 meter (m) lelaki Sukan Olimpik Paris apabila merangkul emas dalam perlumbaan yang berlangsung di Stade de France, awal pagi Jumaat.
Kemenangan atlet berusia 21 tahun itu sekali gus menafikan pingat emas berganda buat raja pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles yang sekadar meraih gangsa.
Lyles sebelum ini dinobatkan lelaki terpantas dunia selepas mengungguli acara 100m di venue sama tiga hari lalu.
Tebogo melepasi garisan penamat dengan catatan 19.46 saat (s) yang juga merupakan rekod baharu Afrika.
Catatan itu empat saat lebih pantas daripada rekod peribadi Tebogo.
Pingat perak milik Kenny Bednarek dari AS dengan kepantasan 19.62s, manakala Lyles sekadar berpuas hati mencatat 19.70s.
Sebelum ini, Tebogo sekadar menamatkan saingan final 100m di kedudukan keenam.
Ini adalah kejayaan terbesar Tebogo di peringkat antarabangsa selepas sekadar meraih gangsa dalam acara 100m pada Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary tahun lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!