Hilang lebih seminggu, di mana Nicholas, Rezlo?

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan Nicholas (kiri) dan Rezlo yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu. Foto ihsan PDRM
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan Nicholas (kiri) dan Rezlo yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu. Foto ihsan PDRM
A
A
A

PENAMPANG - Dua remaja lelaki dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada Khamis.

Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, dan sepupunya, Nicholas Chee Ping, 13, kali terakhir dilihat selepas mereka keluar dari rumah di Kampung Buit Hill, Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan dua remaja dari Putatan pada jam 10.18 pagi Khamis.

"Bapa kepada salah seorang remaja tersebut melaporkan kedua-duanya keluar dari rumah bersama-sama namun belum pulang sehingga kini.

"Kedua-dua remaja ini biasa keluar dan selalunya pulang ke rumah. Tetapi selepas 1 Ogos lalu, mereka tidak pulang ke rumah dan kali terakhir mereka dilihat di rumah pengadu di Buit Hill, Putatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sehubungan itu, Sammy menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua remaja tersebut dapat memaklumkan segera kepada pihak polis.

"Orang ramai boleh tampil di mana-mana balai polis terdekat atau terus menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!