Rizki Juniansyah tambah emas kedua Indonesia

Rizki (tengah) meraih emas, manakal perak milik wakil Thailand, Weeraphon Wichuma, manakala gangsa dirangkul atlet Bulgaria, Bozhidar Andreev. Foto EPA
Rizki (tengah) meraih emas, manakal perak milik wakil Thailand, Weeraphon Wichuma, manakala gangsa dirangkul atlet Bulgaria, Bozhidar Andreev. Foto EPA
A
A
A

ATLET angkat berat Indonesia, Rizki Juniansyah menyumbang emas kedua republik itu di Olimpik Paris 2024 selepas mengungguli acara 73 kilogram (kg), pada awal pagi Jumaat.

Rizki mengangkat beban keseluruhan 354 kilogram (kg) untuk meraih emas, manakala perak milik atlet Thailand, Weeraphon Wichuma yang mengangkat beban keseluruhan 346kg.

Rizki berswafoto dengan pemenang pingat perak dan gangsa. Foto EPA
Rizki berswafoto dengan pemenang pingat perak dan gangsa. Foto EPA

Gangsa milik atlet Bulgaria, Bozhidar Andreev dengan angkatan seberat 344kg.

Pada Khamis, Veddriq Leonardo menyumbang pingat emas sulung buat Indonesia dalam sukan memanjat bagi saingan speed lelaki.

Veddriq, 27, memperbaiki catatan masanya dalam setiap perlumbaan bermula dari suku akhir, sebelum menumbangkan Wu Peng dari China dengan perbezaan masa 2/100 saat (s) untuk merakam catatan peribadi terbaik 4.75s.

Aksi Rizki selepas berjaya mengangkat bebanan dalam kategori 73kg. Foto EPA
Aksi Rizki selepas berjaya mengangkat bebanan dalam kategori 73kg. Foto EPA

Dengan kemenangannya, Veddriq memberikan Indonesia emas Olimpik pertama mereka selain dari sukan badminton dan pingat emas kesembilan mereka sejak penampilan pertama di Olimpik pada tahun 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!