Bilik karaoke RM16,000 saji GRO

JIM Kuala Lumpur menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.
JIM Kuala Lumpur menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, yang menyediakan bilik karaoke 'super VIP' dipercayai dengan bayaran sehingga RM16,000 digempur, pada Jumaat.

Operasi Op Gegar bermula kira-kira jam 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.

Seramai 27 warga asing ditahan JIM Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Jumaat.
Seramai 27 warga asing ditahan JIM Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Jumaat.

Difahamkan, bilik VIP itu hanya dikhaskan untuk pengunjung tetap selain dilengkapi dengan layanan wanita warga asing sebagai teman menyanyi dan minum.

Bilik-bilik karaoke pelbagai saiz itu dikatakan bernilai sekurang-kurangnya RM10,000 sehingga RM16,000 bagi setiap sesi.

Pengunjung yang hendak menjadi 'ahli tetap' pusat hiburan ini juga dikatakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM100,000 dalam akaun bank sebelum diterima masuk.

Antara wanita yang diperiksa dalam serbuan pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Jumaat.
Antara wanita yang diperiksa dalam serbuan pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 50 individu diperiksa dalam serbuan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hasil pemeriksaan kemudian menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 43 tahun.

"PATI yang ditahan terdiri daripada 17 warga China, Bangladesh (5), Pakistan (3), Kemboja (1) dan seorang Kazakhstan.

"Wanita yang ditahan disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO), manakala lelaki merupakan pekerja di premis terbabit," katanya di lokasi operasi di sini pada Jumaat.

Antara individu yang ditahan JIM dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Jumaat.
Antara individu yang ditahan JIM dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Jumaat.

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan ialah tiada dokumen perjalanan yang sah serta salah guna pas.

Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi
Kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!