Selangor tawar 35,000 pekerjaan termasuk kepada OKU

Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan tanpa had umur dibuka kepada orang ramai termasuk kepada golongan kelainan upaya (OKU) dalam Jelajah JobCare Selangor. (V Papparaidu)
Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan tanpa had umur dibuka kepada orang ramai termasuk kepada golongan kelainan upaya (OKU) dalam Jelajah JobCare Selangor. (V Papparaidu)
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan tanpa had umur dibuka kepada orang ramai termasuk kepada golongan kelainan upaya (OKU) dalam Jelajah JobCare Selangor.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata, jelajah tersebut berlangsung di sembilan daerah bermula di Hulu Selangor pada 29 Jun manakala Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.

Ujarnya, program diteruskan di Dewan Sri Jugra di Kuala Langat pada Sabtu (10 Ogos), Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Hulu Langat pada 17 Ogos dan Dewan Beringin Taman Seri Gombak pada 21 September.

"Diikuti di Dewan Hamzah Klang (5 Oktober), Dewan Dato Penggawa Permatang, Kuala Selangor (19 Oktober), Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).

“Lebih 30 majikan akan terlibat dengan pelbagai jawatan dan bidang pekerjaan ditawarkan.Bagi sesiapa yang mencari pekerjaan boleh datang ke jelajah program tawaran kerjaya ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu ujarnya, kerajaan negeri terus berhubung dengan kesatuan pekerja kilang syarikat pengeluar tayar Goodyear susulan penutupan operasi berkuat kuasa 30 Jun lalu bagi membantu pekerja mencari pekerjaan baharu.

Pada 7 Mac lalu, syarikat pengeluar tayar global, Goodyear membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.

Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dilaporkan berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.

Artikel Berkaitan:

V Papparaidu mengulas lanjut berkata, pihaknya sentiasa mengemas kini jadual Jelajah JobCare Selangor dan mengalu-alukan penyertaan bekas pekerja syarikat itu yang terkesan untuk menghadiri program tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!