Pasang tangki tambahan seludup petrol

KPDN Kedah menahan dua kereta disyaki digunakan bagi menyeludup minyak petrol di Kota Putra, Durian Burung, dekat sini. Foto KPDN Kedah
KPDN Kedah menahan dua kereta disyaki digunakan bagi menyeludup minyak petrol di Kota Putra, Durian Burung, dekat sini. Foto KPDN Kedah
A
A
A

PADANG TERAP - Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan dua kereta disyaki digunakan bagi menyeludup minyak petrol di Kota Putra, Durian Burung, dekat sini.

Pengarahnya, Muhammad Nidzam Jamaludin berkata, pemeriksaan rapi dilakukan ke atas dua buah kenderaan itu yang ditinggalkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Durian Burung pada Khamis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran tempatan itu menemui tangki tambahan yang telah diubah suai bagi mengisi minyak disyaki petrol.

"Sehubungan itu, pasukan telah menyita sejumlah anggaran 230 liter minyak disyaki petrol di dalam tangki kedua-dua kenderaan tersebut yang dianggarkan bernilai RM517.50.

"Kedua-dua kenderaan itu dirampas bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Nidzam berkata lagi, jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM20,517.50 dan siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengesan kedua-dua pemilik kenderaan tersebut.

Jelasnya, KPDN memberikan amaran keras kepada semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan dan bersubsidi agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan.

"Kami menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan dibaca bersama Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Menurutnya, mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!