[VIDEO] Syarikat pendapatan bawah RM100 juta digalak sertai e-Invois - LHDN

A
A
A

KOTA KINABALU - Syarikat dengan pendapatan kurang daripada RM100 juta digalakkan untuk menyertai sistem e-Invois sebelum tarikh pelaksanaannya bermula tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, sejak sistem e-Invois diperkenalkan pihaknya sudah menerima lebih 700,000 e-Invoice daripada syarikat yang terlibat bagi kategori pendapatan melebihi RM100 juta.

Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin
Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin

"Jadi sehingga tarikh akhir, LHDN merekodkan hampir RM3 juta e-Invois yang diterima dalam inisiatif ini.

"Untuk syarikat berpendapatan di bawah RM100 juta, pelaksanaan e-Invois akan bermula 1 Januari 2025.

"Namun lebih baik untuk mereka sertai sistem ini sekarang tanpa menunggu tarikh pelaksanaan termasuk bagi semua pembayar cukai bermula pada 1 Julai 2025," katanya selepas menghadiri Majlis Hi-Tea bersama media Sabah di sini pada petang Khamis.

Kakitangan LHDN bersama pengamal media dalam Majlis Hi-Tea bersama media Sabah pada petang Khamis.
Kakitangan LHDN bersama pengamal media dalam Majlis Hi-Tea bersama media Sabah pada petang Khamis.

Sementara itu, ditanya pembayar cukai dari kalangan selebriti dan pempengaruh, Abu Tariq turut memaklumkan golongan tersebut sentiasa memberikan kerjasama untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak boleh maklumkan kepada umum jumlah yang dibayar mana-mana selebriti tetapi kita sentiasa mendapat kerjasama daripada mereka untuk membayar cukai.

"Ada juga selebriti yang menjadi rakan strategik LHDN untuk menyebarkan maklumat percukaian," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!