Berjalan lima kilometer kibar Jalur Gemilang

Peserta terlibat berjalan beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang sejauh lima kilometer.
Peserta terlibat berjalan beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang sejauh lima kilometer.
A
A
A

SHAH ALAM - Brisk Walk Fun 6.0 bukan saja kempen mengenai gaya hidup sihat malah memberi penekanan kepada kakitangan Pejabat Transformasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai kesedaran semangat perpaduan serta patriotisme.

Kira-kira 60 peserta menjayakan program kali ini dengan berjalan beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang sejauh lima kilometer dalam kawasan sekitar UiTM Shah Alam.

Penolong Naib Canselor Strategi UiTM, Profesor Dr Nor Hayati Saad berkata, program ini bagi menyokong usaha kerajaan dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan.

"Lebih kurang 60 kakitangan terlibat dalam program hari ini dan sebenarnya program ini sudah bermula sejak awal tahun dan lebih konsisten sejak dua bulan lalu.

"Ini antara program dipilih untuk Bulan Kemerdekaan dan banyak lagi aktiviti dilaksana sepanjang bulan ini yang selaraskan dengan program sambutan ulang tahun ke 25 UiTM," katanya pada Jumaat

Kira-kira 60 peserta menjayakan program berlangsung di UiTM Shah Alam pada Jumaat.
Kira-kira 60 peserta menjayakan program berlangsung di UiTM Shah Alam pada Jumaat.

Beliau ditemui pada program Brisk Walk Fun 6.0 anjuran Pejabat Transformasi Universiti Teknologi Mara bersama Pejabat Naib Canselor di UiTM Shah Alam di sini.

Terdahulu, UiTM mencatat sejarah tersendiri pada tahun ini apabila bakal menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam pada 26 Ogos 1999.

Artikel Berkaitan:

Bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan tersebut, UiTM melancarkan Kayuhan Kapsul Rentas Cawangan Sempena 25 Tahun UiTM bertemakan Menuju Kelestarian Alam Sekitar.

Nor Hayati mengulas lanjut berkata, pihak UiTM juga memberi sokongan dan menyambut baik hasrat mana-mana pihak ingin menawarkan kerjasama dalam program diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!