'Siapa yang biasa kerja dengan saya, tahu saya bagaimana'

Kamal tidak melatah dituduh tidak tepati 'call time'.
Kamal tidak melatah dituduh tidak tepati 'call time'.
A
A
A

AKTOR Kamal Adli menafikan dakwaan dia mempunyai masalah disiplin dan sukar mengikuti 'call time' yang ditetapkan pihak produksi.

Menurut Kamal, 38, sepanjang 15 tahun berada di dalam industri, dia sudah mengetahui gerak kerja sesebuah produksi sebelum penggambaran bermula.

Justeru, suami kepada Uqasha Senrose ini biasanya akan tiba sebelum sesi penggambaran bermula.

"Contoh kalau 'call time' jam 8 pagi, saya memang akan beritahu pihak produksi tiba lewat sedikit sebab saya bukan orang yang ambil sarapan pagi.

"Biasanya bila saya tiba, saya akan terus bersiap, baca skrip sepintas lalu dan terus masuk set. Saya bukan orang yang bersolek terlebih dahulu.

"Siapa yang biasa kerja dengan saya, tahu saya bagaimana..." jelasnya.

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Takluk: Lahad Datu di GSC Mid Valley Megamall pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Kamal merupakan salah satu watak utama dalam filem Takluk: Lahad Datu.
Kamal merupakan salah satu watak utama dalam filem Takluk: Lahad Datu.

Selain Kamal yang menjayakan watak Jai iaitu anggota khas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Komando VAT69, filem tersebut turut dibintangi Syafiq Kyle, Eman Manan, Riezman Khuzaimi dan Fikry Ibrahim

Naskhah arahan Zulkarnain Azhar akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Ogos depan.

Tambah Kamal, cara kerja itu sudah dilakukan sejak lama dan sebelum ini juga sudah kedengaran 'cakap belakang' mengenai perkara sama.

"Bagi saya benda ini tidak ada isu, benda lama yang saya sudah buat. Kalau saya lewat pun sejam sahaja sebab sudah boleh jangka bila penggambaran akan bermula daripada 'call time' yang diberikan.

"Kalau 'call time' jam 8 pagi, jam 9 pagi saya sudah sampai dan terus bersedia untuk masuk set," katanya.

Terdahulu, sebuah produksi mendakwa Kamal gagal mematuhi masa penggambaran yang ditetapkan selain menyusahkan kru produksi yang terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!