Starbucks tutup 2,000 cawangan di China
BEIJING - Jenama minuman terkenal, Starbucks menutup separuh cawangannya di China untuk melindungi kakitangannya sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam membendung penyebaran koronavirus.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Johnson berkata, syarikat itu mengawal keadaan dengan sangat dinamik.
"Tumpuan segera kami adalah pada dua keutamaan. Pertama, menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakan kongsi serta pelanggan di kedai kami.
"Kedua, memainkan peranan yang membina dalam menyokong pegawai kesihatan tempatan dan pemimpin kerajaan ketika mereka bergelut mengekang penularan koronavirus," katanya.
Starbucks membuka cawangan pertamanya di Beijing pada Januari 1999 dan sehingga kini mempunyai hampir 4,300 cawangan di China, sekali gus menjadikannya pasaran terbesar firma itu di luar Amerika Syarikat. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!