Remaja mengaku tiga kali rogol rakan bawah umur

Tertuduh (dua dari kanan) didakwa atas tiga pertuduhan merogol gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat.
Tertuduh (dua dari kanan) didakwa atas tiga pertuduhan merogol gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tiga pertuduhan merogol gadis bawah umur, sembilan hari lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun itu mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di hadapan Hakim, Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah bilik hotel di sini jam 12 tengah malam, 1.30 pagi dan 5.30 pagi pada 31 Julai 2024.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 37 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah dalam pada itu menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Oktober depan untuk serahan laporan perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala tertuduh yang merupakan pekerja kontrak tidak diwakili peguam.

Pada 7 Ogos lalu, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan 4, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, penahanan suspek dilakukan selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 16 tahun itu pada 31 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa dirogol oleh rakan yang dikenalinya itu sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menerima rawatan dan pemeriksaan.

Jelasnya, bertindak atas maklumat, tangkapan terhadap suspek dibuat pada hari kejadian bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!