Anak tikam ibu dipenjara dua bulan

Tertuduh (kemeja biru) ketika hadir ke mahkamah diiringi anggota polis.
Tertuduh (kemeja biru) ketika hadir ke mahkamah diiringi anggota polis.
A
A
A

JEMPOL - Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menjatuhi hukuman dua bulan penjara terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya dengan pisau Jun lalu.

Tertuduh yang berusia 20 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibunya dengan menggunakan pisau pada 22 Jun lalu jam lebih kurang 12.50 tengah hari di sebuah rumah di Felda Raja Alias 1, Bandar Seri Jempol.

Sehubungan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu,jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh sebelum itu diarahkan oleh mahkamah sama menjalani pemantauan dan pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor selama sebulan sebelum didakwa atas pertuduhan berkenaan.

Sinar Harian difahamkan, hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan tersebut doktor telah mengesahkan dia mempunyai 'mild depression', namun masih boleh membuat pengakuan dalam mahkamah.

Berdasarkan fakta kes, punca tertuduh bertindak menikam di bahagian belakang ibunya dengan pisau kerana dia tidak dapat menerima keadaan ibunya yang mengalami kemurungan akibat bercerai dengan bapanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan ibunya itu telah menyebabkan berlaku pengabaian pendidikan terhadp adik tertuduh selain tidak mahu berlaku pengabaian dari segi emosi sama sepertinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!