Komponen RXZ di stor barang kes hilang, tiga anggota polis ditahan

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Hanyan)
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Hanyan)
A
A
A

KEMAMAN - Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RXZ yang disyaki dicuri dari stor barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 26 hingga 32 tahun itu ditahan sejak Selasa lalu.

"Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut berhubung kehilangan komponen enjin motosikal di stor simpanan tersebut.

"Kita dapati ada di antara suspek memiliki motosikal jenis sama dan merupakan peminat tegar motosikal RXZ," katanya di sini pada Jumaat.

Menurut Hanyan, proses tahanan reman ke atas suspek berakhir pada Jumaat dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!