7,000 hektar tanah Kesedar sudah dipecah lot, dalam proses pertukaran nama

Ahmad Zahid bersalaman bersama peneroka pada Program Temu Mata Warga Felda Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Jumaat. Foto Bernama
Ahmad Zahid bersalaman bersama peneroka pada Program Temu Mata Warga Felda Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

GUA MUSANG - Seramai 2,200 peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT), bakal memiliki tanah sendiri apabila Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menyerahkan hak milik tanah kepada mereka dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pecah lot kesemua tanat seluas 7,000 hektar sudah selesai.

Menurut Ahmad Zahid, tanah yang sudah dibayar premium seperti Renok, Sungai Asap, Jeram Tekoh, Limau Kasturi dan beberapa lagi sudah dibahagikan lot dan menanti Kesedar memindah hak milik.

"Kita lakukan bukan untuk pilihan raya di Nenggiri sahaja, tetapi bagi menyelesaikan masalah peneroka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Program Temu Mata Warga Felda Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat.

Ahmad Zahid berswafoto bersama ahli UMNO ketika Program Temu Mata Warga Felda Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Jumaat.
Ahmad Zahid berswafoto bersama ahli UMNO ketika Program Temu Mata Warga Felda Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Jumaat.

Beliau turut memberitahu, di kawasan Meranto, Kesedar sudah membayar premium lebih RM6 juta membabitkan tanah seluas 76 hektar untuk ladang dan 54 hektar untuk kediaman.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Kesedae, Datuk Zawawi Othman.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid memberitahu, kuasa penyerahan hak milik tanah bukan oleh kerajaan negeri.

"Ini tanah Kesedar dan premium sudah dibayar. Kuasa tukar nama bukan pada kerajaan negeri cuma perlu pergi ke Pejabat Tanah untuk tanda tangan. Itu sahaja," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengingatkan pengundi supaya tidak terpedaya dengan perkara berkenaan.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!