Penuntut KPJU terap amalan gaya hidup sihat

Orang ramai mendapatkan giliran masing-masing bagi pemeriksaan kesihatan.
Orang ramai mendapatkan giliran masing-masing bagi pemeriksaan kesihatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Penuntut Universiti KPJ Healthcare (KPJU) menganjurkan Program Kesihatan di Surau Al-Islah Taman Bakawali, Kota Seriemas Nilai, Negeri Sembilan dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat.

KPJU dalam kenyataannya memaklumkan, program dengan kerjasama Surau Al-Islah itu disertai 88 pelajar kejururawatan dari kohort 77, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan modul dalam jurusan Diploma in Nursing Management (DNMA).

Menurut kenyataan itu, program itu bertujuan melengkapkan pengajian akademik dalam kalangan penuntut serta mendorong mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.

"Program ini disambut baik oleh seluruh warga kawasan perumahan sekitar yang turut hadir bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan kesihatan disediakan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu memberitahu, inisiatif itu mencerminkan komitmen bersama dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan dalam kalangan komuniti.

"Program ini juga dirancang bagi memberikan pendedahan luas tentang pelbagai aspek kesihatan.

"Pelbagai informasi kesihatan penting telah dikongsikan kepada peserta termasuk pameran kesedaran mengenai kanser payudara, kesan negatif merokok, kepentingan memantau kadar gula dalam pemakanan, manfaat aktiviti senaman dan kesedaran mengenai kanser kolon," ujar kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, program itu bukan sahaja menyediakan platform interaksi bermanfaat, malah menawarkan pengetahuan praktikal dan relevan.

Artikel Berkaitan:

Jelas kenyataan, inisiatif itu mencerminkan komitmen dalam meningkatkan kesedaran kesihatan dan menyokong kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

Sebahagian kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna pada program berkenaan.
Sebahagian kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna pada program berkenaan.

Kenyataan itu memberitahu, pelbagai aktiviti menarik telah diatur dalam program itu termasuklah sesi perkongsian ilmu disampaikan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan KPJU, Profesor Dr Mohd Azmani Sahar yang bertajuk 'Bantuan pernafasan kecemasan (CPR): Bersediakah anda?'.

"Sesi ini memberikan pengetahuan mendalam mengenai teknik penyelamatan nyawa melalui CPR serta menekankan kepentingan persediaan dalam situasi kecemasan," jelas beliau.

Selain itu, KPJU turut menganjurkan pertandingan mewarna bagi menambahkan kemeriahan program berkenaan.

" Aktiviti ini menarik minat kanak-kanak dari Taman Bakawali yang menunjukkan semangat dan keriangan mereka dengan penuh gelak tawa.

"Pertandingan ini tidak hanya mempereratkan hubungan dalam kalangan peserta, tetapi juga memberi ruang kepada anak-anak mengekspresikan kreativiti mereka sambil menikmati suasana program," tambah kenyataan itu.

Pengurus Program, Amir Nazrin Tasman berkata, program itu penting bagi memberi peluang kepada penuntut untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam konteks dunia sebenar.

"Kami dapat melihat dengan jelas bagaimana maklumat kesihatan yang kami sampaikan dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

"Program ini juga telah berjaya mengeratkan hubungan kami dengan komuniti serta memberi platform kepada mereka untuk mendapatkan informasi kesihatan berguna dalam suasana penuh keceriaan dan keterlibatan aktif.

"Kami berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan dan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat," ujarnya.

CAPTION

Orang ramai mendapatkan giliran masing-masing bagi pemeriksaan kesihatan.

Sebahagian kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna pada program berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!