Pemain bola sepak bawa kerambit masuk padang, kekasih ditahan

Gambar tular di media sosial seorang lelaki dipercayai membawa masuk senjata tajam berupa kerambit semasa pergaduhan perlawanan bola sepak di padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur pada Ahad.
Gambar tular di media sosial seorang lelaki dipercayai membawa masuk senjata tajam berupa kerambit semasa pergaduhan perlawanan bola sepak di padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemain bola sepak amatur yang mengacukan senjata tajam iaitu kerambit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan bola sepak baru-baru ini ditahan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki warganegara tempatan berusia 22 tahun dan teman wanitanya bukan warganegara berumur 21 tahun ditahan di sebuah rumah di Klang, Selangor pada jam 6.30 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku telah mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri ketika kejadian tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Gambar tular di media sosial seorang lelaki dipercayai membawa masuk senjata tajam berupa kerambit semasa pergaduhan perlawanan bola sepak di padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur pada Ahad.
Gambar tular di media sosial seorang lelaki dipercayai membawa masuk senjata tajam berupa kerambit semasa pergaduhan perlawanan bola sepak di padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur pada Ahad.

Mohamad Lazim berkata, suspek lelaki ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

"Teman wanita suspek telah ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemain bola sepak disyaki membawa senjata tajam iaitu kerambit dalam satu kes pergaduhan yang berlaku di padang KLFA, Desa Melati di sini pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Pemain bola sepak bawa kerambit masuk padang, kekasih ditahan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Sukan #Atlet #BolaSepak #Kerambit #Senjata

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!