Struktur kekal dibina tanpa permit kena roboh

Operasi dijalankan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan di bawah Kanun Tanah Negara 1965
Operasi dijalankan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan di bawah Kanun Tanah Negara 1965
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur kekal tanpa permit yang sah dalam dua operasi bersepadu di Blok E, Kelumpuk Pinang E, Jalan 30/56, Setiawangsa dan Lot 80981, Rizab Kawasan Lapang, Jalan Bullion Mewah di Mukim Batu di sini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Integriti serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

Turut terlibat, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Pejabat Cawangan Setiawangsa dan Pejabat Cawangan Batu dalam operasi bersepadu bagi meroboh struktur tambahan itu pada Khamis.

Dua operasi bersepadu dijalankan di Blok E, Kelumpuk Pinang E, Jalan 30/56, Setiawangsa dan Lot 80981, Rizab Kawasan Lapang, Jalan Bullion Mewah di Mukim Batu di sini.
Dua operasi bersepadu dijalankan di Blok E, Kelumpuk Pinang E, Jalan 30/56, Setiawangsa dan Lot 80981, Rizab Kawasan Lapang, Jalan Bullion Mewah di Mukim Batu di sini.

"Operasi tersebut dijalankan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan di bawah Kanun Tanah Negara 1965," menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan itu di laman Facebooknya.

Beberapa agensi sahabat lain juga turut terlibat seperti Polis Diraja Malaysia, Indah Water Konsortium, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad, dan Syarikat Bekalan Air Selangor.

"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti," tambah kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!