Orang ramai diminta tidak siar gambar kanak-kanak terlibat jenayah

Hantaran Azalina di aplikasi X pada Jumaat.
Hantaran Azalina di aplikasi X pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai diingatkan agar tidak menerbitkan sebarang gambar kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah di media.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana perbuatan itu bertentangan dengan peruntukan subseksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Merujuk kepada kes yang melibatkan kanak-kanak dalam prosiding jenayah baru-baru ini, saya ingin mengingatkan orang ramai tentang akta tersebut yang melarang penerbitan gambar kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah di media.

"Pelanggaran peruntukan ini boleh mengakibatkan pertuduhan jenayah. Kita perlu meletakkan kepercayaan kepada undang-undang dan proses sewajarnya apabila menangani kes yang melibatkan kanak-kanak," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Jumaat.

Sebelum itu, seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun yang videonya tular kerana memandu kereta sambil membawa dua adiknya, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Kanak-kanak itu selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu kereta jenis Perodua Viva, atas jalan walhal umurnya sewaktu kejadian ialah 12 tahun dan tiga bulan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini, pada jam 6.30 petang, 29 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Prosiding dilakukan secara tertutup dengan kanak-kanak itu ditemani ibunya.

@sinarharianonline

Orang ramai diminta tidak siar gambar kanak-kanak terlibat jenayah #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #KanakKanak #Gambar #Jenayah #AzalinaOthman

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!