Jalan rosak dibaiki selepas 24 jam terima aduan

Turapan jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing di Meru, Klang selesai selepas 24 jam aduan diterima.
Turapan jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing di Meru, Klang selesai selepas 24 jam aduan diterima.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa jalan sekitar Klang dan Subang serta lampu isyarat yang rosak dibaiki Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) selepas 24 jam menerima aduan orang ramai menerusi laman X.

Infrasel memaklumkan, pihaknya selesai menjalankan turapan jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing di Meru, Klang masing-masing pada Isnin dan 2 Ogos lalu.

Turut siap diturap ialah laluan rosak di Jalan 2D dan 4D Kampung Baru Subang pada 24 Julai lalu selain membaiki lampu isyarat rosak di Kota Warisan, Sepang pada 2 Ogos.

Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan JKR Selangor.
Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan JKR Selangor.

“Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di X bersama hashtag #INFRASEL #NamaJalan #Daerah,” menurut agensi tersebut di laman X.

Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor demi keselesaan pengguna.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!