Gempa bumi bermagnitud 5.3 gegarkan wilayah Kanagawa, Jepun

Gempa bumi dengan magnitud awal 5.3 menggegarkan Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Jumaat tanpa amaran tsunami dikeluarkan. Foto hiasan
Gempa bumi dengan magnitud awal 5.3 menggegarkan Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Jumaat tanpa amaran tsunami dikeluarkan. Foto hiasan
A
A
A

TOKYO - Gempa bumi dengan magnitud awal 5.3 menggegarkan Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Jumaat tanpa amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Gempa pada pukul 7.57 malam itu diukur pada bacaan 5 daripada 7 dalam skala intensiti seismik Jepun, di bahagian barat Wilayah Kanagawa, menurut agensi berkenaan.

Pusat gempa berkenaan berada pada kedalaman 10 kilometer di bawah tanah. - Bernama-Kyodo

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!