Remaja hilang rupanya di rumah rakan

No Image Caption
A
A
A

PENAMPANG - Salah seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu rupanya berada di rumah rakan dan hanya pulang ke pangkuan keluarga selepas hebahan dibuat oleh pihak polis di media sosial pada Khamis.

Nicholas Chee Ping, 13, pulang dalam keadaan selamat di rumahnya di Putatan pada hari yang sama selepas laporan polis dibuat pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, salah seorang remaja yang dilaporkan hilang telah kembali sendiri ke rumah keluarga tanpa sebarang kecederaan pada jam 9.25 malam Khamis.

"Remaja tersebut telah pulang ke rumah setelah satu minggu berada di rumah kawan.

"Remaja tersebut hanya menghubungi keluarga apabila hebahan dibuat setelah laporan polis dilakukan oleh keluarga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada malam Jumaat.

Bagaimanapun, Sammy berkata, seorang lagi remaja yang turut hilang iaitu sepupunya Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, setakat ini masih belum ditemui.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan kedua-dua remaja itu tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak 1 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!