Cabaran Nurul Izzah di Paris berakhir

Nurul Izzah (kiri) meraih pengalaman berharga pada penampilan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto MOM.
Nurul Izzah (kiri) meraih pengalaman berharga pada penampilan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024. Foto MOM.
A
A
A

SAINGAN pelumba berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang membuat penampilan pertama pada Sukan Olimpik 2024 berakhir sebentar tadi.

Ia selepas pelumba berusia 20 tahun itu terkandas dalam acara pecut individu saringan repechages pusingan 1/32 di Velodrome Saint-Quentin-en-Yvelines, Paris.

Nurul Izzah terpaksa akur menamatkan saringan keempat repechages di tempat kedua selepas ketinggalan di belakang Lauriane Genest dari Kanada yang mengungguli perlumbaan untuk mara ke pusingan 1/16.

Riyu Ohta dari Jepun pula melengkapkan perlumbaan saringan tiga pelumba itu di kedudukan terakhir.

Pujian bagaimanapun wajar diberikan kepada Nurul Izzah yang diberikan julukan The Pocket Rocketwoman apabila sebelum itu membaharui rekod kebangsaan miliknya pada pusingan kelayakan.

Pelumba yang berasal dari Kedah itu melakar catatan 10.709 saat (s) untuk memadam rekod kebangsaan 10.903s yang dilakukannya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu.

Menerusi catatan tersebut, Nurul Izzah yang berjaya melangkah mara ke pusingan 1/32 bertemu Sophie Capewell dari Great Britain, namun kalah dan menyertai saingan repechages.

Nurul Izzah pada Rabu terkandas dalam saingan repechages keirin selepas berada di tangga ketiga dalam saringan kelima pusingan pertama.

Artikel Berkaitan:

Dia ketinggalan di belakang Kelsey Mitchell (Kanada) dan Katy Marchant (Great Britain) ketika hanya dua pelumba teratas melangkah ke suku akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!