Sabah tumbangkan Pahang di Temerloh

Sherman bersaing dengan Haris Stamboulidis dalam aksi Liga Super di Stadium Temerloh. Foto MFL
Sherman bersaing dengan Haris Stamboulidis dalam aksi Liga Super di Stadium Temerloh. Foto MFL
A
A
A

SABAH FC meneruskan momentum pemburuan kelompok dua terbaik Liga Super apabila mengalahkan Sri Pahang, 3-2 dalam perlawanan di Stadium Temerloh pada Jumaat.

Kemenangan keempat liga anak buah Datuk Ong Kim Swee merupakan tonik mujarab selepas diabkan 0-3 Kuala Lumpur City, di Cheras 31 Julai lalu setelah mengharungi tujuh perlawanan.

Tiga mata diraih The Rhinos membolehkannya menghimpit pasukan tangga kedua Selangor FC dengan kedua-dua pasukan memiliki pungutan mata sama, namun dipisahkan jaringan memihak anak buah Nidzam Jamil tersebut.

Selangor akan berdepan Kelantan Darul Naim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.

Sabah akan berdepan Selangor di Stadium Likas pada 13 Ogos depan perlawanan yang akan menjanjikan saingan sengit perebutan kedudukan kedua terbaik liga musim ini.

Gol The Rhinos dihasilkan menerusi jaringan Jafri Firdaus Che minit ke-18’, Farhan Roslan (m-26) dan Daniel Ting (m-35).

Gol Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad pula dijelmakan menerusi Kpah Sherman pada minit keenam dan minit ke-48.

Ini merupakan kekalahan ketiga Tok Gajah musim ini selepas mengharungi tujuh perlawanan liga untuk berada dikedudukan ke-10 satu mata mengatasi PDRM FC (lima mata).

Artikel Berkaitan:

Sri Pahang selepas ini akan bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak menentang Terengganu FC pada 16 Ogos.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!