'Ultras Malaya beri tumbukan TKO buat FAM'

Laporan Sukan Sinar. Gambar kecil: Mohd Saded
Laporan Sukan Sinar. Gambar kecil: Mohd Saded
A
A
A

KEPUTUSAN Ultras Malaya memboikot saingan Pestabola Merdeka 2024 disifatkan sebagai protes besar-besaran terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwa gagal menyelesaikan beberapa isu melanda sukan nombor satu Malaysia itu.

Malah, pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa juga percaya peletakan jawatan secara mengejut pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon juga merupakan kemuncak kepada tindakan drastik pergerakan tersebut selepas jurulatih Korea Selatan itu berdepan pelbagai cabaran dalam usaha membentuk pasukan yang mantap sebelum ini.

“Keputusan Ultras Malaya memboikot Pestabola Merdeka 2024, boleh disifatkan sebagai tumbukan TKO kepada FAM yang sebelum ini sentiasa mendapat sokongan pergerakan tersebut.

“Tindakan Ultras Malaya itu juga sebagai satu mesej kepada FAM untuk segera memperbaiki kepincangan yang sedang melanda dalam ekosistem bola sepak negara sekarang.

“Apabila pergerakan yang paling dekat dengan pasukan memuat naik status Curva Off Pestabola Merdeka 2024 43 #Reset Bolasepak Malaysia di laman sosial mereka, itu boleh disifatkan sebagai sesuatu perkara yang kritikal sedang membarah dalam arena bola sepak negara,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Pada masa sama Mohd Sadek berkata perkara yang dibangkitkan beberapa sub Ultras Malaya di negeri-negeri juga memberi gambaran persekitaran saingan liga teratas negara juga berdepan dengan persekitaran kurang sihat.

“Kita masih lagi didendangkan isu-isu lama seperti tunggakan, paling terbaharu tiga kelab Liga Super didapati mempunyai tunggakan dua bulan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

“Itu belum lagi isu serius berkenaan dokumentasi pelesenan kelab membabitkan sebuah pasukan Liga Super yang diambil tindakan musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya bimbang sekiranya isu ini tidak diambil perhatian serius dan ditangani segera MFL (Liga Bolasepak Malaysia), tidak mustahil kelompok penyokong-penyokong tegar tidak lagi akan ke stadium pada masa depan akibat kecewa dengan senario yang berlaku pada masa depan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!