Bangunan kosong jadi hospital dalam tempoh 48 jam

Bangunan kosong di sini berubah wajah apabila bertukar kepada sebuah hospital dalam tempoh 48 jam bagi menempatkan para pesakit. - Foto Daily Mail
Bangunan kosong di sini berubah wajah apabila bertukar kepada sebuah hospital dalam tempoh 48 jam bagi menempatkan para pesakit. - Foto Daily Mail
A
A
A

WUHAN - Berikutan lambakan pesakit dijangkiti wabak koronavirus, bangunan kosong di sini berubah menjadi sebuah hospital dalam tempoh 48 jam bagi menempatkan para pesakit.

Itu kehebatan negara Tanah Besar China apabila menempatkan kira-kira 1,000 katil untuk pesakit itu di hospital tersebut, lapor Daily Mail.

Dengan bantuan sukarelawan seramai 500 orang, hospital dikenali Pusat Perubatan Serantau Dabie Mountain sepatutnya buka pada Mei ini bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat setiap saat.

Pihak berkuasa tempatan berkata, bangunan itu kini dilengkapi bekalan air, elektrik serta kemudahan internet telah menerima pesakit pertamanya hari ini.

Kira-kira 1,000 buah katil ditempatkan dalam bangunan tersebut. - Foto Daily Mail
Kira-kira 1,000 buah katil ditempatkan dalam bangunan tersebut. - Foto Daily Mail

Bagaimanapun, projek pembinaan hospital koronavirus pertama ketika musim perayaan Tahun Baru Cina masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada 3 Februari ini.

Kerajaan China dilaporkan akan membina sekurang-kurangnya empat hospital sementara bagi menempatkan pesakit koronavirus baharu di negara itu.

Dua daripadanya dibina di Wuhan, bandar yang terjejas teruk akibat penularan wabak berkenaan, manakala dua lagi masing-masing dibina di Huanggang yang terletak berhampiran bandar itu dan Zhenzhou, di tengah wilayah Henan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!