Malaysia #QuranHour suntik semangat cintakan al-Quran, eratkan perpaduan

Barisan panel yang terlibat dalam Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.
Barisan panel yang terlibat dalam Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran Malaysia #QuranHour 2024 kali ke-10 bakal menjadi platform untuk menyuntik semangat cintakan al-Quran di samping mengeratkan hubungan perpaduan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Qari, Ahmad Tirmizi Ali berkata, beliau dan barisan panel lain akan memastikan penyampaian bacaan ayat al-Quran dan sesi taddabur mudah untuk diterjemah supaya pendengar dapat memahami mesej yang disampaikan.

Ahmad Tirmizi Ali
Ahmad Tirmizi Ali

“Al-Quran ini memang mengajar kita erti kesatuan dan perpaduan, ayat al-Quran turut menyebut sekiranya kita berpegang kepada tali ALLAH menerusi kitab suci ini, insya-ALLAH semua pihak akan bersatu padu.

“Kita perlu fahami al-Quran dan apa mesej yang ALLAH nak sampaikan. Sudah pasti kita akan dapat mengeratkan hubungan perpaduan bukan hanya dalam kalangan masyarakat bahkan seluruh negara," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang sudah memasuki tahun ke-10 itu bakal diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran secara langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Antara wakil media terlibat ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Mengulas lanjut, Ahmad Tirmizi memaklumkan, Malaysia #QuranHour dilihat dapat membantu umat Islam untuk kembali kepada al-Quran menerusi kaedah mendalami makna dan memperbaiki cara bacaan.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Sementara itu, seorang lagi qari program tersebut, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, kelainan yang dibawa menerusi program berkenaan merupakan satu pendekatan terbaik untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.

"Kali ini memang sangat berbeza, buat pertama kalinya kita menjemput pembaca ikrar berbangsa Cina dan India dalam program Malaysia #QuranHour dan mereka berdua merupakan saudara baharu kita.

"Selain itu, penampilan Qari muda iaitu Naufal Syakirin Shaifullah juga dilihat akan menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk meneruskan legasi kemerdekaan menerusi penerapan ayat al-Quran.

“Saya menyeru kepada semua umat Islam seluruh negara untuk bersama-sama kita pada hari yang mulia (Jumaat) bagi memahami erti merdeka dan memaknai Rukun Negara menerusi mesej yang dibawa dalam surah al-Jumu’ah dan al-Hujurat," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!