61 penumpang, anak kapal terkorban pesawat terhempas

Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo. - Foto Reuters
Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo. - Foto Reuters
A
A
A

SAO PAULO - [DIKEMAS KINI] Seramai 61 penumpang dan anak kapal maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, lapor Xinhua.

Syarikat penerbangan Voepass dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat yang terhempas di kejiranan Capela de Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat kru.

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Cascavel, Parana menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.

Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan "solidariti kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban" di platform sosial X. - Bernama

@sinarharianonline

Seramai 61 penumpang dan anak kapal maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, lapor Xinhua. Syarikat penerbangan Voepass dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat yang terhempas di kejiranan Capela de Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat kru. Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Cascavel, Parana menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo. #SinarHarian #fyp #Brazil #PesawatTerhempas #Voepass

original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!