Boleh anjur konsert di Kedah tapi bersyarat - Sanusi

Sanusi ketika berucap melancarkan Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 di Menara Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sanusi ketika berucap melancarkan Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 di Menara Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kedah menguatkuasakan garis panduan baharu yang perlu diikuti untuk menganjurkan sebarang konsert melibatkan artis di negeri jelapang padi itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri membenarkan konsert, namun dengan syarat tertentu.

Beliau menegaskan, negeri itu bukan anti konsert sebagaimana yang didakwa pelbagai pihak sebelum ini.

“Terdapat garis panduan untuk konsert di Kedah agar tidak melanggar adat dan susila.

“Untuk konsert jika dulu minta (kebenaran) pegawai daerah, sekarang konsert perlu mendapat pertimbangan Exco Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas melancarkan Tahun Melawat Kedah 2024 Di Menara Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Sanusi berkata, syarat lain penganjur perlu memilih masa dan artis yang sesuai dan tidak berpakaian menjolok mata.

“Artis lelaki, artis perempuan tak boleh seksi. Tak sesuai adat dan budaya, kalau nak buat persembahan di Kedah pakai elok-elok.

Artikel Berkaitan:

“Boleh, bukan tak boleh langsung (konsert) contoh masa pelancaran tadi ada bunga api lagi,” selorohnya.

Pada 2022, Kedah menghentikan kebenaran penganjuran konsert secara terbuka.

Pada Februari 2024, suatu konsert hip hop di Alor Setar mencetuskan kontroversi kerana membabitkan kelakuan tidak sopan anak muda.

Penganjur kemudian memohon maaf berikutan konsert tersebut tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!