Lelaki edar topeng muka percuma di lapangan terbang
BANGKOK - Seorang lelaki yang mengedarkan topeng muka percuma kepada penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand mendapat pujian ramai.
Menerusi video berdurasi 14 saat yang dikongsikan pengguna Facebook Graipass Chaleechai, lelaki tersebut dilihat memakai topeng dan memegang sepanduk dalam bahasa Cina sambil tangannya menyerahkan topeng kepada penumpang yang melalui kawasan itu.
Menurut Chaleechai, lelaki itu berkata, "Saya lakukan ini untuk China, untuk rakan-rakan."
Setakat semalam, Thailand mengumumkan 14 jangkitan koronavirus yang disahkan, angka tertinggi di luar China.
Pegawai kesihatan berkata, enam kes baharu melibatkan enam penumpang China dari Wuhan di mana lima daripadanya adalah satu keluarga berusia enam hingga 70 tahun. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!