Pelajar ditahan lakukan amang seksual terhadap rakan sekolah

Seorang pelajar ditahan pada Jumaat selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di sini, 25 Julai lalu. Gambar hiasan
Seorang pelajar ditahan pada Jumaat selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di sini, 25 Julai lalu. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG JAYA - Seorang pelajar ditahan pada Jumaat selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di sini, 25 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan sebelum itu dibuat mangsa yang berumur 16 tahun berkaitan kejadian.

"Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, remaja yang juga merupakan pelajar Tingkatan Lima di sekolah yang sama membawa mangsa ke rumahnya.

"Ketika di lokasi, remaja terbabit bertindak melakukan amang seksual terhadap rakannya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada guru disiplin sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan dijalankan membawa kepada tangkapan pelajar berumur 17 tahun kira-kira jam 9 malam pada 9 Ogos di kawasan Hulu Kelang.

"Dia direman selama lima hari bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!