Sukan sepak takraw jadi pilihan utama di DUN Nenggiri

Gelanggang futsal tidak cukup menjadikan sukan sepak takraw menjadi pilihan utama anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Gambar kecil: Mohd Rizwadi
Gelanggang futsal tidak cukup menjadikan sukan sepak takraw menjadi pilihan utama anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Gambar kecil: Mohd Rizwadi
A
A
A

GUA MUSANG - Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail berkata, gelanggang futsal tidak cukup menjadikan sepak takraw sukan pilihan utama anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

"Anak muda di sini (DUN Nenggiri) minat dengan sukan. Antaranya yang terkenal ialah sukan sepak takraw.

"Kita juga ada futsal. Cuma futsal biasalah gelanggang tidak cukup di Nenggiri ini. Cuma ada tiga, empat tempat sahaja. Kebanyakan takraw jadi pilihan," katanya dalam video yang dimuat naik di TikTok pada Jumaat ketika turun padang menyantuni anak muda di Kampung Bertam Baru di sini.

Mohd Rizwadi (tengah) bersama anak muda semasa turun padang menyantuni anak muda di Kampung Bertam Baru, Gua Musang.
Mohd Rizwadi (tengah) bersama anak muda semasa turun padang menyantuni anak muda di Kampung Bertam Baru, Gua Musang.

Beliau berharap anak muda di DUN Nenggiri akan bermain sukan sehingga ke tahap profesional.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PN.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN, Mohd Rizwadi dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lepas mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Dalam PRK lalu, calon PN dari Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!