Malaysia jauh ketinggalan pengeluaran daging tempatan

Mohamad berkongsi gambar ketika melawat salah sebuah ladang ternakan lembu dan kerbau di Facebooknya.
Mohamad berkongsi gambar ketika melawat salah sebuah ladang ternakan lembu dan kerbau di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia masih jauh ketinggalan dalam pengeluaran daging tempatan dengan negara kini hanya mampu memenuhi 15 peratus daripada keperluan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, disebabkan pengeluaran yang rendah itu, sebanyak 85 peratus daripada bekalan daging perlu diimport.

Menurutnya, keadaan tersebut jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan khususnya kerbau dan lembu pedaging.

"Saya menyeru masyarakat tempatan mengambil peluang dalam program Komuniti Madani bagi merancakkan aktiviti ekonomi yang membabitkan lima sektor tumpuan iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.

"Setakat ini, hanya kurang 10 peratus daripada peruntukan RM1 bilion yang disediakan telah dibelanjakan.

"Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat memainkan peranan dalam memastikan peruntukan ini digunakan sebaik mungkin bagi meningkatkan pendapatan dan keselamatan makanan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sementara itu, Mohamad ketika menghadiri program rasmi di Lawas, Sarawak baru-baru ini memaklumkan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong usaha kerajaan negeri itu dalam memajukan projek pengeluaran tenusu dan pedaging kerbau di kawasan Meragang.

Beliau berkata, usaha itu dilihat mampu meningkatkan bekalan pedaging tempatan sekali gus memastikan negara mampu mengurangkan kebergantungan terhadap import daging.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!