Polis kenal pasti suspek serang dua wanita guna pisau

Laporan Sinar Harian (kiri), SHAHRULNIZAM
Laporan Sinar Harian (kiri), SHAHRULNIZAM
A
A
A

PETALING JAYA - Polis telah mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai menyerang dua individu menggunakan pisau dalam kejadian berhampiran surau dekat Kelana Jaya pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, ia berikutan hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah berdekatan surau terbabit.

"Polis telah memperolehi satu rakaman CCTV sebuah rumah terletak berhampiran yang menunjukkan sebuah kereta dipercayai digunakan suspek meninggalkan kawasan surau selepas kejadian.

"Setakat ini polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dan usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, seramai tujuh individu telah direkod keterangan berkaitan kejadian.

"Kesemua mereka termasuk mangsa iaitu seorang guru yang telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya setelah selesai mendapatkan rawatan di hospital.

"Setakat ini seorang lagi mangsa masih lagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam," katanya.

Pada Jumaat, seorang lelaki warga tempatan bertindak ganas menyerang dua wanita menggunakan pisau berhampiran surau yang turut menempatkan sebuah sekolah rendah agama di Kelana Jaya, di sini.

Artikel Berkaitan:

Serangan dilakukan pada tengah hari itu mengakibatkan kedua-dua mangsa warga tempatan mengalami kecederaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!