101 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik

Seramai 101 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hulu Perak selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi Sabtu. Foto APM Perak
Seramai 101 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hulu Perak selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi Sabtu. Foto APM Perak
A
A
A

IPOH - Seramai 101 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hulu Perak selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan bahawa dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Gerik telah dibuka sejak jam 1 pagi tadi berikutan bencana banjir yang melanda tiga kampung, iaitu Kampung Badaring, Kampung Sira Panas, dan Kampung Padang.

"Seramai 64 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Basia Lama manakala 37 mangsa daripada 16 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kebanyakan daerah termasuk Larut, Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada sebelah petang dan malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!