Gagal larikan diri bersama 150kg ikan

Lima nelayan warga Indonesia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Lima nelayan warga Indonesia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
A
A
A

GEORGE TOWN - Tindakan sebuah vesel nelayan asing (VNA) yang memecut laju ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan gagal apabila ia berjaya ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang pada Jumaat.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, bot tersebut berjaya ditahan dalam operasi di perairan 55 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi pada jam 11.45 pagi.

Menurutnya, sebelum itu, anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang yang menaiki Kapal Maritim Burau telah mengesan sebuah VNA di perairan Malaysia berada dalam keadaan mencurigakan.

VNA milik warga Indonesia yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dirampas untuk tindakan selanjutnya.
VNA milik warga Indonesia yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dirampas untuk tindakan selanjutnya.

"Selepas menghampiri VNA terbabit dan mengarahkannya supaya berhenti bagi melakukan pemeriksaan lanjut, VNA tersebut enggan berbuat demikian malah terus memecut laju. Anggota Maritim Malaysia kemudiannya mengejar VNA itu selama satu jam sebelum berjaya ditahan.

"Pemeriksaan mendapati, terdapat lima nelayan termasuk tekong warganegara Indonesia berada di dalam VNA berkenaan. Mereka berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun. Turut ditemui, 150 kilogram hasil tangkapan ikan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, VNA tersebut didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran serta kesemua nelayan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Oleh demikian, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1986.

Artikel Berkaitan:

"Kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Dalam kes berasingan, Maritim Malaysia Pulau Pinang turut merampas empat unit bubu naga di timur Jelutong.
Dalam kes berasingan, Maritim Malaysia Pulau Pinang turut merampas empat unit bubu naga di timur Jelutong.

Katanya lagi, dalam kes berasingan, Maritim Pulau Pinang telah menjumpai empat unit bubu naga di kedudukan 0.06 timur Jelutong pada 6 Ogos lalu.

"Kesemua unit bubu naga itu telah dirampas untuk tindakan selanjutnya," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!