Tiga sekeluarga maut kebakaran diklasifikasi kes bunuh - Polis

Tiga sekeluarga maut dalam insiden kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh pada Jumaat.
Tiga sekeluarga maut dalam insiden kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh pada Jumaat.
A
A
A

MUAR - Polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini pada awal pagi Jumaat sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian dan hasil laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapat terdapat unsur-unsur jenayah.

"Polis mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Raiz Mukhliz turut memberitahu, polis giat mengesan Azman Mohamed Nor, 48 yang merupakan anak kepada pasangan warga emas yang maut dalam kebakaran tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Siti Rohayu Salih di talian 016-2199592 atau hubungi hotline IPD Muar, di talian 06-9564800 atau mana -mana balai polis berhampiran," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, tiga sekeluarga maut apabila rumah didiami mereka musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan, Pagoh di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, sepasang suami isteri warga emas dan cucu perempuan mereka maut manakala seorang lagi cucu cedera.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhlis Aziz berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76.

Seorang lagi kanak-kanak iaitu cucu kepada pasangan berkenaan, Noradriana 11, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Nor Hisyam merupakan bapa kepada Noradriana yang maut dalam kebakaran bersama datuk dan neneknya itu, mendakwa terdapat kesan hentakan pada bahagian muka anaknya ketika menuntut jenazah di Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!