Menteri, ahli politik rejim Zionis pertahan tentera didakwa rogol tahanan Palestin

Al Jazeera melaporkan video kejadian telah disahkan oleh pihaknya dan menunjukkan insiden rogol berkumpulan melibatkan seorang tahanan Palestin oleh pengawal di pusat tahanan Sde Teiman. - Foto: Tangkap layar video tular
Al Jazeera melaporkan video kejadian telah disahkan oleh pihaknya dan menunjukkan insiden rogol berkumpulan melibatkan seorang tahanan Palestin oleh pengawal di pusat tahanan Sde Teiman. - Foto: Tangkap layar video tular
A
A
A

MENTERI dan ahli politik Israel mempertahankan tindakan askar mereka yang dituduh merogol seorang tahanan warga Palestin di pangkalan Sde Teiman selepas video insiden berkenaan tular sejak minggu lalu.

Memetik laporan portal The New Arab, Menteri Kewangan Kanan Israel, Bezalel Smotrich, mengutuk individu yang bertanggungjawab menyebarkan video itu dan bukannya tentera yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Melalui kenyataan di laman sosial X, dia menggesa siasatan jenayah dilakukan segera untuk mengesan pembocor video itu, yang didakwa bertujuan merosakan reputasi dan yang menyebabkan kerosakan besar kepada Israel.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir pula mencadangkan bahawa sebarang tindakan, termasuk rogol berkumpulan adalah dibenarkan jika ia untuk 'keselamatan negara'.

Ben-Gvir, yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan penjara, memberitahu media Israel bahawa adalah "memalukan" untuk Israel menangkap 'wira terbaik mereka' selepas beberapa tentera rejim zionis itu ditahan pada 29 Julai lalu berkaitan dengan kes rogol tersebut.

Dia kemudian menerbitkan sebuah video yang menyatakan 'Pasukan Pertahanan Israel (IDF) layak mendapat penghormatan' dan tidak sepatutnya dilayan seperti penjenayah.

Al Jazeera melaporkan video kejadian telah disahkan oleh pihaknya, dan menunjukkan insiden rogol berkumpulan melibatkan seorang tahanan Palestin oleh pengawal di pusat tahanan Sde Teiman.

Video itu menunjukkan mangsa dipilih daripada kumpulan yang sedang terbaring dan terikat di atas lantai.

Artikel Berkaitan:

Mangsa kemudian diiringi ke dinding, di mana pengawal dilihat menggunakan perisai untuk menyembunyikan identiti mereka daripada kamera, sebelum bertindak merogol tahanan terbabit.

Serangan itu disifatkan sebagai sangat kejam, dengan media Israel melaporkan mangsa telah dipindahkan ke hospital dan tidak dapat berjalan.

Setakat 29 Julai, 10 tentera Israel ditahan atas tuduhan merogol dan kesemua mereka dikenal pasti daripada unit yang dikenali sebagai Force 100.

Pada 8 Ogos lalu, Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel untuk menyiasat dan bertanggungjawab terhadap insiden penderaan seksual itu.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, pihaknya sudah melihat video itu dan laporan penderaan seksual terhadap tahanan adalah mengerikan. - Agensi/ Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!