Platform media sosial tak serius pantau, sekat pengguna bawah umur

Fahmi berucap ketika Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 di Pusat Komuniti Lembah Pantai pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Fahmi berucap ketika Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 di Pusat Komuniti Lembah Pantai pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Platform media sosial dilihat tidak serius dalam memantau, menghalang dan menyekat pengguna kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, walaupun kebanyakan media sosial menetapkan had usia minimum, namun masih terdapat pengguna bawah umur yang mendaftar dengan mudah menerusi beberapa cara contohnya memakai identiti orang lain.

“Isunya sekarang adalah platform media sosial ini hanya meletakkan syarat umur sebagai garis panduan.

“Mungkin ada beberapa perkara yang kita akan tegaskan tentang bagaimana nak mengelakkan kanak-kanak daripada mendaftar akaun media sosial.

"Sebab kita tahu kadang-kadang kanak-kanak akan gunakan pelbagai cara untuk ada media sosial sama ada meminta kawan yang lebih tua untuk buka akaun dan macam-macam cara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di Pusat Komuniti Lembah Pantai dekat sini pada Sabtu.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan, langkah lebih tegas perlu diambil bagi menyekat akses kanak-kanak daripada melayari platform berkenaan sekali gus membendung gejala pedofilia dalam talian.

Tambah beliau, ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat peribadi anak-anak secara terperinci di media sosial kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan:

“Kita mahukan pedofilia yang menggunakan akaun palsu untuk henti eksploitasi kanak-kanak,” ujarnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!