Tak puas hati potongan rambut, tukang gunting libas pelanggan dengan parang

Aksi tukang gunting rambut melibas pelanggan dengan parang tular di media sosial. - Agensi
Aksi tukang gunting rambut melibas pelanggan dengan parang tular di media sosial. - Agensi
A
A
A

SULAWESI - Seorang tukang gunting rambut hilang pertimbangan apabila menyerang seorang pelanggannya dengan parang selepas mengadu bahawa potongan rambut yang dilakukannya tidak memuaskan.

Kejadian berlaku di Morowali, Sulawesi Tengah di pinggir jalan di Kecamatan Bahodopi sekitar jam 3 petang waktu tempatan pada Khamis.

Malah kekecohan itu menjadi tular di media sosial terutama di aplikasi X.

Menerusi klip video, kelihatan seorang lelaki berlari dari sebuah kedai gunting rambut ke pinggir jalan sebelum dikejar oleh tukang gunting itu dengan sebilah parang.

Melihat situasi itu, orang ramai cuba menenteramkan keadaan bagaimanapun pelaku itu berkeras mengacukan parang kepada mereka yang menghalangnya.

Nasib pelanggan itu bertambah malang apabila dia tiba-tiba terjatuh lalu pelaku melibasnya dengan parang. Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan apabila orang ramai menggertak pelaku untuk memanggil polis.

Akibat kejadian itu, mangsa menerima 31 jahitan dengan 13 jahitan didada dan 18 jahitan di kaki kiri.

Suspek kini diburu polis, dia dipercayai berjaya melarikan diri selepas insiden tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!