Dua pelajar kolej maut dirempuh pemandu mabuk

Sebuah kereta dipandu seorang individu dipercayai terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain.
Sebuah kereta dipandu seorang individu dipercayai terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh lima kenderaan hingga mengakibatkan dua pelajar kolej maut dalam kemalangan dekat Jalan Cheras di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 6.43 pagi melibatkan empat kereta dan dua motosikal.

"Sebuah kereta dipandu seorang individu dipercayai terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain.

Antara kenderaan terlibat dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan dekat Jalan Cheras di sini pada Sabtu.
Antara kenderaan terlibat dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan dekat Jalan Cheras di sini pada Sabtu.

"Dua individu maut merupakan penumpang salah sebuah kenderaan yang dilanggar berumur lingkungan 22 tahun dan pelajar di sebuah kolej," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, individu memandu kenderaan yang melanggar lima kenderaan ini kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Individu terbabit merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara kenderaan terlibat dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan dekat Jalan Cheras di sini pada Sabtu.
Antara kenderaan terlibat dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan dekat Jalan Cheras di sini pada Sabtu.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.

"Siasatan berkaitan kejadian berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta tampil ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!