Ulama Kedah, Tuan Guru Awang Lanai meninggal dunia

Tuan Guru Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Awang Lanai.
Tuan Guru Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Awang Lanai.
A
A
A

ALOR SETAR - Ulama Kedah,Tuan Guru Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia di rumahnya pada jam 3 petang di Parit Panjang, Baling akibat sakit tua pada Sabtu.

Allahyarham yang meninggal pada usia 86 tahun sebelum ini pernah memangku jawatan Ahli Majlis Daerah Baling, Yang Dipertua Pas Kawasan Baling dan menganggotai Dewan Ulamak Pas Kedah.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memaklumkan perkara tersebut di laman Facebooknya.

“Bumi Kedah kehilangan permata berharga. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan (Tuan Guru Haji Awang Lanai) telah kembali ke rahmatullah petang tadi jam 3.00 petang.

“Takziah kepada ahli keluarga Almarhum Tuan Guru diatas pemergian insan tersayang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan solehin,” katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

Tuan Guru Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia kira-kira jam 3 petang pada Sabtu.
Tuan Guru Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia kira-kira jam 3 petang pada Sabtu.

Anak kelahiran Sik ini merupakan pengasas kepada Madrasah Tahzib an-Nufus yang dibuka pada tahun 1988 di Parit Panjang, Baling.

Tuan Guru Haji Awang Lanai mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai sehingga tamat sekolah rendah sebelum memulakan perjalanannya dalam menuntut ilmu agama dari pondok ke pondok.

Artikel Berkaitan:

Antara guru agama Allahyarham ialah Tuan Guru Haji Abdul Halim Yaakob di Pondok Batu 8 yang belajar selama dua tahun, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir di Pondok Bunut Payong (setahun ), Tuan Guru Haji Mutholib Haji Puteh di Pondok Penanti (dua tahun lapan bulan ) dan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi di Pondok Lanai (35 tahun).

Tuan Guru Haji Awang Lanai menuntut ilmu dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi bermula dari tahun 1959 hingga Allahyarham gurunya meninggal dunia pada tahun 1994 dan merupakan antara murid kanan pada Allahyarham yang menuntut ilmu di Pondok Lanai.

Antara rakan seperguruannya pula adalah Tuan Guru Jusoh Tobiar, Tuan Guru Bakar Ibrahim dan Datuk Taib Azamudden Md Taib.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!